Selasa, 29 November 2011

Sinopsis Film Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures


Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.



Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah

MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON

P/S : Xsabar nak tengok citer ni.. Besok kuar wayang.. lalala

Ahad, 20 November 2011

2nd Anniversary


20.11.2011 cantikkan tarikh ni. Sedar xsedar dah 2 tahun melangkah alam perkahwinan.. Macam2 da rasa suka duka hidup bersama. dalam tempoh ni jgk dah masuk 6 tahun persahabatan dan 2 tahun perkahwinan. sapa sangka tarikh mula bercinta tu dapat plak tarikh menikah.. Dan sapa yang sangka dari benci mula ke suka. hihihi. Aku dan en. suamy berkawan sangat lama dari kecik lagi.. tp mula bercinta dari 2003, dia la teman bergaduh.. dan dia jugak la teman yang slalu hiburkan hati. Dulu masa arwah abah xda dye la yang slalu teman aku. dye antakan pegi skola duit blnja pown kadang2 dye yg hulur walau pown dye sengkek jgk time tuh.. ape aku nak sume dye cuba nak tunaikan.. bese lar org tgh hangat bercinta..hehehe tp yang banyak aku kongsikan dgn dye adalah duka.. dye tau apa yang aku rasa. Jd spanjg bergelar ISTERI aku merasa sangat bertuah dapat mengenali  insan yang bernama AHMAD FAKHRUSY SYAKIRIN. Terima kasih kerana menerima aku dengan seadanya. Terima Kasih kerana da buat aku bahagia.. dan Terima Kasih untuk segalanya... berharap menjadi isteri mishali dan kekal ke akhir hayat.. I Love U sayang!!

P/S : Mula da touching nie.. teringat plak kat arwah. rindu rasenye.. Al- Fatihah...